Sollu 'alan nabiyy ;) Allahumma solli 'ala saidina Muhammad

Facebook | Twitter | Instagram

230618 00:58

Tadi Qaweena kata "unik hidup akak" dekat aku. Kata-kata dia buat aku terfikir. Unik tang mana.

Seorang yang memegang angka 23 tapi masih dengan takde cita2 melambung macam orang lain, tak tahu halatuju & takde pendirian teguh ni yang dikatakan unik ke?

Orang lain sebelum umur 23 dah ada banyak cita2 & angan2 nak jadi itu nak jadi ini lepas habis sekolah. Aku? Masih di takuk lama.

Bukan tak nak ubah, tapi dah cuba banyak hal. Aku bukak jobstreet, kerja banyak yg Mcd lah KFC lah ataupun yg merapu syaratnya, contoh paling banyak nak kita tahu mandarin lah (dan lain-lain syarat yg entahpape tak sesuai utk aku).

Aku suka sangat kerja sekarang. Sangat-sangat suka. Bayangkan aku dapat cuti raya 2 minggu ni pun dah rasa bosan, lepas raya keempat tahun ni aku dah sibuk ajak balik. Dah balik aku pun dah excited sangat nak jumpa anak. Siap boleh joget2 'yeay ahad kerja ahad kerja' tanda seronok sangat nak masuk kerja.

Ada ke orang mcm aku? Haha. Nampak ramai yg merungut je dah masuk kerja, belum puas beraya. Aku pulak dah tak sabar nak masuk kerja. Taktahu kalau ubah angin ke tempat lain atau gaya lain, mampu ke aku seseronok ini nak pergi kerja, semangat sangat ke aku lepas weekend utk bekerja..

Bukan tak bersyukur. Tapi, aku nak masuk kerja yang mana suara & pendapat aku ada gunanya bila terlibat dalam meeting, nak kerja yang bila orang tanya kerja apa takdelah orang lain tolong jawab 'pembantu', kerja yang gajinya setimpal susah payah aku belajar at least biarlah sama atau lebih sikit dari gaji minimum yg kerajaan tetapkan, sama dihormati & dihargai macam orang kerja lain-lain.

Macam masa belajar dulu. Aku suka bila masuk meeting, pendapat kita didengar dan dibincangkan kedepan. Semua orang aku rasa suka begitu. Kan?

Habis program, kita postmortem dan raikan makan berjemaah ke makan kek ke begitulah. Hujung sem masa annual meeting, dapat anugerah Khawlah Al-Azwar yang mana cerita Khaulah sebagai srikandi agama ni sangat tinggi. Bukan itu yg aku harapkan. Cuma seronok, ada rasa dihargai. Ada sesi penganugerahan. Kalau kerja begitu, kan seronok & tertingkat motivasi.

Aku sudah dan masih terus try lagi, SPA saban bulan aku update tengok status, selalunya hampa. Tengok jobstreet, emm takyah mention lagi. Bukak link2 yg sedare mara share iklan jawatan kosong dalam group selalu terus laju je klik tapi end up, kemana perginya entah iklan jawatan kosong tadi, dah kelaut hilang.

Nak cari minat atau bakat lain, belum jumpa. Sebab taktahu apa yg ada dekat diri sendiri. Tapi fikir nak jauh2, nak kedepan2. Kemajuan belum ada. Nantilah fikir. Complicated. Follow the flow je dulu orang kata. Haha.

Sekurangnya, sekarang aku belajar jadi syukur & sabar. Walaupun kadang hilang arah juga, rasa serba serbi tak cukup je, rasa tak menyabar je nak marah je. Itulah, aku belajar. Syukur, Alhamdulillah. Sabar, Astaghfirullah.

Bila rasa tak cukup, aku syukurkan, beri pada orang lain baru kita rasa syukur meningkat, sebab jauh di hati kita, kita sedar dengan memberi itulah baru namanya rezeki kita. Belajar sabar, bila nak marah, perlahan2 tarik nafas 3 saat dan fikir semula perlu atau tidak, ada penyelsaian atau tidak kalau begitu begini.

Nak taknak, selagi tak jumpa jalan yg lebih lurus, kena stay. Tapi lain kali, kalau pergi interview lagi, samada tuan/puan tu terima aku bekerja atau tidak, aku akan bagitahu mereka, pekerja yg dibayar gaji bawah gaji minimum sangat tak patut (dengan ayat yang baik2), supaya mereka tahu nilai khidmat orang lain.

Kalau kerja lama gaji tak naik pun perlu ambil kira. At least beri benefit tahunan yg lain. Apapun ia, hargai dan hormat kuncinya.

Tangan orang lain yang bantu naikkan kapasiti hidup engkau, takkan kau diatas je yg mahu bermewah2. Biar adil. Kalau tak mampu bayar gaji minimum, jangan ambil pekerja tu- yang berkelayakan & ada sijil. Ambil sajelah makcik-pakcik yang sanggup, ibu tunggal lain atau sewaktu dengannya, berserta niat membantu mereka terus hidup.

Aku tak cakap pasal kerja sekarang, sebab aku tahu kenapa diorang tak mampu bayar gaji minimum, aku faham. Aku tulis untuk yg akan datang, lebih2 lagi syarikat swasta. Ini jugalah yg aku belajar dari pengalaman alam kerja masuk tahun ketiga selepas grad.

Inilah sebahagian jalan aku sebelum hujung Julai 2018.

Sekian. Wallahu'alam.
tulisan 37 hari menjelang 23 tahun.

061216 0058

Berdebar sangat rasa malam ni.
Dari siang tadi sebenarnya.

Rupa-rupanya
1 anis accident
Adik usrah aku weh,
patah tangan tapi Alhamdulillah dah operate masuk besi.
Setahun kena cuti, extend belajar,

Semoga diberi tabah untuk anis.

2 sedih sebak sangat terkenang masjid nabawi, masjidil haram,
Beberapa bulan sudah, aku asyik sebut
nak pergi umrah.
Siap berangan nak kumpul duit sebulan RM450,
no matter what, inshaAllah 450 permonth,

Allahu akbar,
jemput aku lagi.
Banyak penyesalan masa kat sana dulu tak digunakan sehabis baik,
Jemput aku lagi :'(

3 berita macam-macam pasal cousin sorang ni.
Aku panas hati betul ni.
Rasa nak call dia terus direct tanya apa dia buat kat sana,
dengan siapa. Risau satu hal, geram nak marah satu hal.

Semoga baik-baik saja